Sunday, June 20, 2010


Selamat Datang ke Laman Gaya Hidup Organik Melilea.
Umum mengetahui penuaan adalah disebabkan oleh faktor usia dan masa yang telah dilalui. Semakin lama kita hidup, semakin berumur dan semakin merosot kesihatan pada diri kita. Kita sentiasa berfikiran bahawa semakin usia meningkat, semakin merosot kesihatan, daya imun dan sistem tubuh menjadi semakin lemah.Tahukah anda bahawa penuaan sebenarnya bukanlah disebabkan faktor masa tetapi lebih kepada apa yang dimakan setiap hari?

Puak Eskimo di kutub utara dan puak Kurgi di Rusia mempunyai jangka hayat yang paling singkat di antara 30-35 tahun. Pada peringkat usia tersebut, mereka telah kelihatan sangat tua, mudah diserang penyakit strok, sawan, dan hidung berdarah.
Berbanding pula puak Hunza di utara Pakistan, puak Toda dan Caucasus, mereka mempunyai jangka hayat yang panjang.... purata 90 ke 110 tahun. Apakah rahsia puak-puak ini yang dapat mengekalkan kesihatan dan umur yang panjang?

Jawapannya ialah puak Eskimo dan Kurgi mengamalkan diet daging dan lemak berlebihan untuk menghadapi musim sejuk sementara puak Hunza, Toda dan Caucasus mengamalkan sayur-sayuran yang ditanam secara organik dan jarang mengambil daging sebagai diet utama. (Sila rujuk artikel Mastika Januari 2010). 

Sayur-sayuran yang dimakan oleh puak Hunza di utara Pakistan ditanam sendiri, tidak menggunakan baja kimia, tiada penggunaan racun serangga, menggunakan air dari pergunungan dan menghalau serangga perosak menggunakan asap. Penggunaan bahan pengawet, bahan kimia dan perasa tiruan dilarang sama sekali. Disamping itu, mereka mengamalkan berjalan kaki ke kebun mereka yang terdapat di lereng-lereng gunung. Ini menyebabkan mereka sentiasa beriadah dan mengamalkan pemakanan rendah kolesterol.

Daging hanya dimakan di hari-hari perayaan seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, perkahwinan dan lain-lain hari kebesaran mereka. Gaya pemakanan dan cara hidup sihat menjadikan puak ini sentiasa berkeadaan sihat, rendah kandungan kolesterol dan panjang umur walaupun hidup di dalam serba kekurangan dan kesusahan.